(Video) Hanya Kerana Mahu Kahwini Gadis Pilihan Hati, Ayah Dan Abang Ikat Saya, Cungkil Saya Mata Guna Sudu Sebelum Cincang


Seorang lelaki malang hilang penglihatan selepas kedua-dua matanya dicungkil oleh keluarganya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Naseerabad, Pakistan.

Abdul Baqi, 22, diseksa sedemikian rupa oleh ayah dan adik-beradik lelaki yang lain hanya kerana menyatakan hasrat ingin mengahwini wanita pilihan hatinya.

Pihak polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan bapa dan adik-adik beradik mangsa.


Manakala mangsa pada awalnya dikejarkan ke Hospital Awam di Quetta, untuk menerima rawatan, namun disebabkan tiada pakar mata yang bertugas ketika itu, dia kemudian dipindahkan ke Hospital Mata Helpers.

Namun nasib malang mangsa berterusan apabila kerosakkan pada matanya tidak dapat dirawat dengan segera disebabkan sekali lagi ketiadaan pakar mata yang bertugas ketika itu.

Menurut kenyataan saksi, Abdul Baqi merupakan mangsa penderaan bapa dan abang-abangnya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan keinginan mangsa untuk mengahwini seorang wanita yang berasal dari daerah Duki.

Abdul Baqi sebelum dikorek mata

''Mangsa telah kehilangan penglihatan di kedua-dua belah mata,'' kata pegawai polis yang mengesahkan kejadian yang berlaku.

''Ayah dan abang-abang saya mengurung ibu saya di bilik berasingan kerana tidak mahu dia masuk campur. Manakala saya diikat pada kerusi sebelum mereka mengcukil mata saya menggunakan sudu dan mencincangnya dengan pisau.


''Saya menyukai seorang wanita dari daerah Duki. Tetapi mereka tidak gembira dengan pilihan saya. Mereka seringkali memberitahu saya bahawa mereka tidak membenarkan saya mengahwini wanita yang sering berbual dengan saya melalui telefon bimbit.

''Katanya, kami dari golongan 'mullas' (orang beragama) dan tidak boleh menjalinkan hubungan sedemikian rupa,'' katanya.



Sumber : The Express

Post a Comment

0 Comments