Bapa 'Temberang' Mengaku Ahli Oder Of Odin, Rogol Anak Dan Dua Rakannya Untuk Halau Roh Jahat


Seorang bapa di Sepanyol berhadapan dengan pertuduhan merogol anaknya yang berusia 15 tahun dan dua rakannya yang lain selepas mendakwa ia perlu bagi menghalau roh jahat dari tubuh badan mereka.

Menurut pertuduhan, Javier G D melakukan kesalahan rogol berulang kali ke atas mangsa-mangsa di kediamanny di Baix Llobregat, Barcelona dan kesemua kesalahan tersebut dibuat dalam pengetahuan isterinya.

Javier mendakwa bahawa dia adalah sebahagian daripada ahlikultus agama dan dianugerahkan dengan kebolehan untuk menghalau roh jahat.

''Dia memberitahu mangsa-mangsa rogolnya bahawa dia merupakan ahli Order of Odin dan membuat mangsa-mangsa percaya bahawa terdapat roh jahat dalam jasad mereka. Dia kemudian memberitahu bahawa satu-satunya jalan untuk menghalau roh tersebut adalah dengan melakukan ritual seksual.

''Dia juga memberitahu jika ritual itu tidak dijalankan, keluarga mereka berada dalam bahaya. Malah dia turut mengugut bahawa adik mangsa akan mati jika ritual tersebut tidak dilaksanakan,'' kata Pendakwaraya.

Pendakwa raya kes dalam pada itu berkata mereka akan memohon suspek dikenakan penjara selama 45 tahun dalam pembicaraan yang akan berlangsung Khamis ini.

Dalam pada masa yang sama, isteri suspek juga boleh dikenakan hukuman penjara selama 9 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan bersubahat.

Dia didakwa berada di rumah ketika kejadian rogol tersebut berlaku malah turut bertanya kepada mangsa ''bagaimana perjalanan proses'' tersebut.

Kes ini menyusul selepas Sepanyol digemparkan dengan kes rogol membabitkan lima suspek ketika pesta lembu laga berlangsung di Pamplona.

Kesemua suspek yang menggelarkan diri mereka sebagai La Manda ataupun Kumpulan Serigala dipenjara 9 tahun atas pertuduhan serangan seksual lebih ringan setelah panel juri mendapati kesemua suspek tidak menggunakan kekerasan.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan segelintir turut berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa penderaan seksual sebelum ini.

Sumber : The Local Spain

Post a Comment

0 Comments